Monday 18 April 2011

Kata Hati...

Kadang kala kita merasa dekat sangat pada seseorang tetapi tak tercapai tangan kita
untuk mengenggam tangannya.. Kerana masih lagi dalam samar samar siapa kita di hatinya.. Adakah seseorang yang istimewa atau hanya sekadar teman mesra.. Ingin saja kita bertanya dan mendesak rasa ingin tahu.. Namun masih tiada kekuatan akan diri dan hingga kini menjadi seribu pertanyaan.....


Kadang kala hati kita merasakan rindu sangat pada seseorang tetapi hati kita selalu berkata kata aku takut untuk meluahkannya.. Dan kerana rindu itu tiada bertepi.. Takut akan merubah segalanya yang indah.. Amat kita takut menghadapi igauan sedangkan kita sendiri dalam samar.. Mungkin nasib diri bertuah selangit cerah.. Dan mungkin saja diri amat malang, sedalam laut hitam....

Kadang orang berkata, adakah kita tiada rasa atau perasaan.. Seolah memandang hina akan diri kita.. Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang.. Dan sebenarnya orang itu tidak tahu.. Kita masih ada harga diri yang tinggi.. Menanti nilai cinta suci dan bukan hanya semudah menerima sesiapa saja...

No comments:

Post a Comment

Candid Moment Slide...